Thursday, January 24, 2008

Linux Dalam USB

Kalau korang malas nak install Linux, tapi nak cuba juga, tak ada masalah.

Korang pergi ke http://www.pendrivelinux.com/

Disitu ada pelbagai cara untuk menggunakan pelbagai distro dari USB pendrive.

Setakat ni aku dah cuba QemuPDL; http://www.pendrivelinux.com/2007/09/19/portable-qemu-persistent-pendrivelinux/ dan Damn Small Linux; http://www.pendrivelinux.com/2007/01/02/all-in-one-usb-dsl

Kedua-duanya menggunakan QEmu untuk menjalankan Linux dalam Windows dan juga boleh boot dari USB (kalau BIOS motherboard support)

Kalau nakkan cabaran, cuba buat sendiri! Caranya diterangkan langkah demi langkah di http://wiki.flimzy.com/index.php/Install_Debian_on_USB

Wednesday, January 23, 2008

Buang Direktori

Jika anda dapat output konsol seperti ini:
rm: cannot remove `etqw': Is a directory

*Pastikan anda dalam mod root/super user

Anda patut guna rmdir:
rmdir etqw

Jika anda dapat output seperti ini pula:
rmdir: etqw: Directory not empty

Anda patut guna rm -r:
rm -r etqw

Wednesday, January 16, 2008

Install Debian 4.0r2

Ikut cara install kat: http://lunapark6.com/debian-40-etch.html
Siap ada gambar lagi!

Esok atau lusa aku terjemahkan ke Bahasa Malaysia.

Sunday, January 13, 2008

Install Driver Pencetak Canon iP1000

  1. Muaturun bjfilter-common-2.50-2.i386.rpm, bjfilter-pixmaip1000-2.50-2.i386.rpm, dan bjfilter-pixmaip1000-lprng-2.50-2.i386.rpm dari http://umarzuki.com/fail/iP1000/
  2. Buka terminal, alien-kan kesemuanya untuk tukar jadi format .deb, caranya: taip pada terminal sudo alien nama_fail.rpm
  3. Install semua pakej .deb yang terhasil dengan menaip pada terminal: sudo dpkg -i nama_fail.deb
  4. Edit canonpixmaip1000.ppd. Caranya, pada terminal taip sudo gedit /usr/share/cups/model/canonpixmaip1000.ppd, kemudian dalam fail itu masukkan

    *OpenUI *CNQuality/Quality: PickOne
    *DefaultCNQuality: 3
    *CNQuality 2/High: "2"
    *CNQuality 3/Normal: "3"
    *CNQuality 4/Standard: "4"
    *CNQuality 5/Economy: "5"
    *CloseUI: *CNQuality

    dan save.
  5. Taip:

    sudo ln -s /usr/lib/libpng12.so.0 /usr/lib/libpng.so.2

    sudo ln -s /usr/lib/libtiff.so.4 /usr/lib/libtiff.so.3
    sudo ln -s /usr/lib/libxml2.so.2 /usr/lib/libxml.so.1
    sudo killall cupsd
    sudo cupsd
  6. Setup printer anda dengan memilih driver PIXMA-iP1000-Ver.2.50

Thursday, January 10, 2008

Bagaimana menggunakan md5sum?

md5sum gunanya adalah untuk memeriksa integriti/keutuhan sesebuah fail. Contohnya jika anda ingin burn imej CD, dengan menggunakan md5sum-lah anda dpat memastikan yang imej tersebut boleh dipakai tanpa sebarang masalah.

Caranya:
Buka Terminal dan taip:
md5sum -c failmd5

Dimana fail md5 adalah diberikan oleh pihak yang membekalan imej tersebut.

Contoh:

umarzuki@umarzuki-desktop:~$ cd Downloads
umarzuki@umarzuki-desktop:~/Downloads$ md5sum -c MD5SUMS.htm
debian-40r2-i386-CD-1.iso: OK


Dimana didalam MD5SUMS.htm
60406ddcab8142975b3aba612dcde270 debian-40r2-i386-CD-1.iso


dan failmd5 boleh dalam sebarang format atau tanpa format. Cuma namakannya saja md5sum dan sebagainya.

Untuk buat fail md5:

md5sum fail > md5

dimana fail adalah nama fail dan md5 adalah fail dimana hash md5 akan disimpan.

Tuesday, January 8, 2008

Wolfenstein: Enemy Territory dan True Combat Elite tidak mengeluarkan bunyi semasa bermain?

Buka Terminal dan taip:
sudo gedit /etc/rc.local

Taip dalam rc.local sebelum exit 0:
echo "et.x86 0 0 direct" > /proc/asound/card0/pcm0p/oss

Tutup gedit dan taip dalam Terminal;
sudo chmod +x /etc/rc.local

Siap! Sekarang reboot.

Sumber rujukan: http://community.enemyterritory.com/forums/showthread.php?p=266686#post266686