Saturday, December 29, 2007

Install Neverwinter Nights Diamond

Cara ni aku belajar dari http://nwn.bioware.com/forums/viewtopic.html?topic=469853&forum=72, aku cuba dan ubahsuai ikut kefahaman aku.

  1. Buat satu folder misalnya nwn
  2. Buka DVD Diamond, extract Data_Shared.zip dan Data_linux.zip ke dalam folder nwn
  3. Buka folder /data dalam DVD dan extract XP1.zip dan XP2.zip ke dalam folder nwn
  4. Muaturun nwclientgold.tar.gz dan extract ke dalam nwn
  5. Muaturun nwclienthotu.tar.gz dan extract ke dalam nwn
  6. Muaturun patch terbaru dari http://nwn.bioware.com/support/patch.html
    dan ekstak ke dalam folder nwn
  7. Jalankan fixinstall dalam folder nwn. Caranya: Buka konsol, cd ke folder nwn dan taip ./fixinstall
Untuk main buka konsol, cd ke folder nwn dan taip ./nwn

Harap dapat membantu!

Tuesday, December 25, 2007

Mula install Linux!

Langkah seterusnya:

Permulaan
  1. Muaturun imej .iso Linux, saya cadangkan Mint Linux untuk tutorial ni saya guna Linux mint Daryna (4.0) sebagai contoh
  2. Burn dalam CD
  3. Boot dari CD
  4. Pilih Start Linux Mint in safe graphics mode
Install
  1. Bila dah selesai proses booting, klik 2 kali Install
  2. Pilih bahasa yang anda nak, Forward
  3. Pilih negara, Forward
  4. Pilih jenis layout keyboard (saya cadangkan US English), Forward
  5. Jika anda hendak gunakan semua harddisk, gunakan Guided. Jika tidak pilih manual, forward
  6. Isikan maklumat dengan lengkap dan jangan lupa password anda, Install
  7. Bila semua dah selesai, reboot/restart; Daryna > Quit > Restart
Log Masuk ke Sistem Linux anda
  1. Setelah restart, anda akan automatik masuk ke Sistem Linux anda (Linux Mint). Jika anda mempunyai lebih dari satu OS, pilih Linux Mint
  2. Masukkan nama pengguna dan kata laluan yang anda pilih semasa proses install tadi
  3. Mula gunakan Linux sesuka hati anda!

Monday, December 24, 2007

Persiapan untuk install Linux

Nak setup partition untuk Linux?
*Kalau nak letak lebih dari satu OS dalam satu hard disk.


Download Partition Logic dari >> http://partitionlogic.org.uk/download/index.html

Burn dan boot dari CD, gunakan lojik anda untuk gunakannya.